aplikasi KBSB

RANGKA KERJA KBSB - Mengaplikasikan KBSB Dalam Situasi Baru Dan Diperkembangkan Dengan Bimbingan Guru.

Peringkat ini sesuai dilaksanakan pada masa berikut:

1. Semasa pengajaran dan pembelajaran isi kandungan baru yang memerlukan pelajar menggunakan KBSB yang telah dipelajari.

2. Semasa guru memberi tugasan yang memerlukan pelajar mengaplikasikan KBSB ke situasi baru yang dirancang dan diwujudkan oleh guru.

Untuk melaksanakan peringkat ini, guru membimbing dengan:

1. Memberitahu pelajar KBSB yang perlu diaplikasikan.

2. Berbincang bersama pelajar tentang pelaksanaan proses berfikir yang berkaitan.

3. Berbincang bersama pelajar bagaimana kemahiran berfikir tersebut dapat digunakan dalam situasi baru itu.

4. Membantu pelajar membuat refleksi proses berfikir yang telah mereka lalui.

balik ke rangka kerja KBSB