Apakah langkah yang kamu ambil untuk mengurangkan kegagalan kamu?
Bagaimanakah kamu boleh mengambil keputusan / tindakan sedemikian?
Apakah yang menyebabkan atau meransang kamu melakukannya?
Apakah jangkaan telah benar-benar terjadi?
Operasi Menilai
Apa yang kamu fikirkan tentang …?
Kamahiran berfikir apakah yang telah kamu gunakan?
Adakah tindakan kamu yang terbaik?
Apakah tindakan lain yang boleh kamu lakukan?
Sejauh manakah pemikiran atau tindakan itu dapat memenuhi matlamat?
PERBEZAAN ANTARA SOALAN METAKOGNISI DENGAN KOGNISI
METAKOGNISI
Apakah langkah yang anda fikirkan untuk mencari persamaan dan perbezaan
antara daun A dan daun B?
Bagaimanakah anda membezakan daun A dan daun B?
Mengapakah anda menggunakan kaedah itu?
Adakah anda berpuas hati dengan keputusan yang anda dapat?
KOGNISI
Senaraikan ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara daun A dan daun B.
Bandingkan corak umum urat daun A dan daun B.
Daun manakah yang lebih: (i) lebar (ii) panjang
RUMUSAN
Operasi kognisi melibatkan KBSB seperti penyelesaian masalah, membuat
keputusan, mengkonsepsikan, pemikiran kritis dan kreatif, membuat penaakulan
dan mengingat.
Operasi Metakognisi ialah melibatkan strategi proses merancang, memantau
dan menilai tentang KBSB dan proses kognitif yang lain.
Metakognisi melibatkan individu sedar tentang cara mereka
berfikir
meneroka pelbagai kaedah penyelesaian masalah
melibatkan diri dalam pengalaman pembelajaran secara intelektual
AKHIR SEKALI
Soalan metakognisi adalah untuk merangsang dan mengesan perkembangan
metakognisi.
Soalan kognisi bertujuan menguji penguasaan isi kandungan
dan kemahiran berfikir.
(nota: Bahan KBSB ini adalah salinan sempena kursus 5 hari Pendedahan KBSB
untuk guru-guru Sains negeri Melaka, bertempat di Dewan Bestari, PPD Melaka
Tengah. Terima kasih kepada semua penceramah yang terlibat).