Rancangan Tahunan Sains

Dunia Islam Laman Guru Ibubapa Alam Remaja Tambah URL Buat Hompej Cadangkan Enjen Carian Menu Utama

RANCANGAN TAHUNAN SAINS TAHUN 4

NOTA: Rancangan Tahunan ini adalah percuma. Semoga dapat dimanafaatkan dengan sebaiknya. Sila 'save' kan terlebih dahulu sebelum di'edit' untuk dicetak. Atau, anda boleh gunakan cara 'copy' dan 'paste'. Sebarang pertanyaan/cadangan, sila hubungi saya.

Bidang Kajian: (A) Menyiasat Alam Kehidupan

M
Objektif Umum
Objektif Khusus
Cadangan Pengalaman Pembelajaran
1 1.Mengetahui terdapatnya pelbagai hidupan dalam alam.

1.1 Mengenalpasti pelbagai hidupan yang terdapat dalam alam.

1.2 Menamakan pelbagai hidupan yang terdapat dalam alam.

1.1.1 Mengumpul dan menamakan pelbagai haiwan dan tumbuhan yang terdapat di sekitar sekolah, rumah, dan alam.
2 2.Memahami bahawa sifat fizikal dan ciri haiwan dan tumbuhan boleh digunakan untuk mengelaskan hidupan. 2.1 Mengenal sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan. 2.1.1 Memerhati sifat-sifat fizikal yang terdapat pada haiwan.
3 2.Memahami bahawa sifat-sifat fizikal dan ciri haiwan dan tumbuhan boleh digunakan untuk mengelaskan hidupan.

2.2 Membezakan haiwan mengikut sifat-sifat fizikal yang dikenalpasti.

2.3 Memberi contoh ciri-ciri yang dapat membezakan antara haiwan.

2.2.1 Mengelaskan haiwan mengikut sifat fizikal seperti berbulu, bersisik, berkaki, berkepak, dan bercengkerang.
4 2.Memahami bahawa sifat-sifat fizikal dan ciri haiwan dan tumbuhan boleh digunakan untuk mengelaskan hidupan 2.4 Mengenal sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada tumbuhan. 2.4.1 Memerhati sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada tumbuhan.
5 2.Memahami bahawa sifat-sifat fizikal dan ciri haiwan dan tumbuhan boleh digunakan untuk mengelaskan hidupan

2.5 Membezakan tumbuhan mengikut sifat-sifat fizikal yang dikenal pasti.

2.6 Memberi contoh ciri-ciri yang dapat membezakan antara tumbuhan.

2.5.1 Mengelaskan tumbuhan mengikut ciri-cirinya seperti mengeluarkan biji benih atau spora, hidup di darat atau hidup di air, melalui perbincangan.
6 3.Memahami bahawa haiwan dan tumbuhan mempunyai keperluan asas untuk hidup. 3.1 Menerangkan keperluan asas bagi haiwan dan tumbuhan untuk hidup.

3.1.1 Menjalankan eksperimen untuk menentukan keperluan asas tumbuhan seperti air, cahaya matahari, dan udara.

3.1.2 Memerhati tabiat haiwan dan membuat inferens mengenai keperluan asasnya.

7 4.Memahami bahawa manusia, haiwan, dan tumbuhan menjalani beberapa proses untuk hidup. 4.1 Memperihalkan cara bernafas bagi manusia, haiwan, dan tumbuhan.

4.1.1 Memerhati cara-cara manusia, ikan, dan serangga bernafas.

4.1.2 Memerhatidaun yang direndam dalam air suam dan membuat inferens terhadap proses yang berlaku.

8 4.Memahami bahawa manusia, haiwan, dan tumbuhan menjalani beberapa proses untuk hidup. 4.2 Mengitlak bahawa haiwan makan jenis makanan yang berbeza. 4.2.1 Mengelaskan haiwan mengikut jenis makanan yang dimakan melalui kad gambar.
9 4.Memahami bahawa manusia, haiwan, dan tumbuhan menjalani beberapa proses untuk hidup. 4.3 Memperihalkan proses pertumbuhan anak benih dari segi ketinggian, pertambahan daun, dan lilitan batang. 4.3.1 Menanam, memerhati, dan merekod pertumbuhan ank benih.
10 4.Memahami bahawa manusia, haiwan, dan tumbuhan menjalani beberapa proses untuk hidup. 4.4 Menginferens bahawa manusia dan haiwan berkumuh dan membuang bahan-bahan yang tidak diperlukanbagi menjaga kesihatan. 4.4.1 Menjalankan perbincangan tentang kesan ke atas kesihatan sekiranya bahan-bahan kumuh dan tinja tidak dibuang. (nota:bernyahtinja bukan satu proses berkumuh).
11 4.Memahami bahawa manusia, haiwan, dan tumbuhan menjalani beberapa proses untuk hidup.

4.5 Menyatakan haiwan membiak secara bertelur atau melahirkan anak.

4.6 Memberikan contoh-contoh haiwan yang bertelur dan melahirkan anak.

4.6.1 Merekod dan menyusun maklumat tenteng haiwan-haiwan yang membiak secara bertelur atau melahirkan anak melalui penyediaan buku skrap atau carta.
12 4.Memahami bahawa manusia, haiwan, dan tumbuhan menjalani beberapa proses untuk hidup. 4.7 Menyatakan tumbuhan membiak melalui biji benih, spora, batang, atau daun.

4.7.1 Merekod dan menyusun maklumat tentang pembiakan tumbuhan melalui penyediaan buku skrap atau carta.

4.7.2 Menjalankan projek membiakkan tumbuhan dan haiwan.

13 4.Memahami bahawa manusia, haiwan, dan tumbuhan menjalani beberapa proses untuk hidup.

4.8 Memperihalkan perbagai cara haiwan bergerak.

4.9 Menyatakan tujuan haiwan bergerak.

4.8.1 Menjalankan simulasi pelbagai cara haiwan bergerak seperti berjalan, menjalar, merangkak, berlari, menyusur, terbang, melompat, dan mengengsot.

4.9.1 Menjalankan perbincangkan bergerak.

14 4.Memahami bahawa manusia, haiwan, dan tumbuhan menjalani beberapa proses untuk hidup. 4.10 Memperihalkan pelbagai cara tumbuhan bergerakbalas terhadap rangsangan. 4.10.1 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji gerak balas tumbuhan terhadap cahaya, air, dan sentuhan.
15 4.Memahami bahawa manusia, haiwan, dan tumbuhan menjalani beberapa proses untuk hidup. 4.11 Memperihalkan sifat-sifat khas yang terdapat pada haiwan dan tumbuhan tertentu bagi melindungi dirinya daripada musuh dan iklim. 4.11.1 Merekod dan menyusun maklumat tentang sifat-sifat khas yang terdapat pada haiwan dan tumbuhan tertentu bagi melindungi dirinya daripada musuh dan iklim.melalui buku skrap dan carta.

 

Bidang Kajian : (B) Menyiasat Alam Fizikal

M
Objektif Umum
Objektif Khusus
Cadangan Pengalaman Pembelajaran
16 1.Memahami jarak sebagai ukuran panjang antara dua titik.

1.1 Menerangkan konsep jarak.

1.2 Mengukur jarak lurus antara dua titik dengan tepat.

1.1.1 Mengukur jarak dengan menggunakan:

  • satu unit panjang yang seragam seperti jengkal, pensel, dan buku.
  • pembaris (unit cm.)
17 2.Memahami luas sebagai besarnya sesuatu kawasan.

2.1 Menerangkan konsep luas.

2.2 Mengukur luas sesuatu permukaan.

2.1.1 Mengukur luas permukaan segi empat sama atau segi empat tepat menggunakan:

  • satu unit luas segi empat sama seperti mozek.
  • satu unit luas yang berukuran 1cm.
18 3.Memahami isipadu sebagai besarnya sesuatu ruang.

3.1 Mengukur isi padu objek berbentuk kubus.

3.2 Menyukat isipadu cecair.

3.1.1 Mengukur isipadu kotak lohong dengan menggunakan satu unit isipadu kubus yang seragam.

3.2.1 Menyukat isipadu cecair dengan menggunakan silinder penyukat (unit cm.)

19 3.Memahami isipadu sebagai besarnya sesuatu ruang. 3.3 Menerangkan konsep isipadu.  
20 4.Memahami konsep masa sebagai tempoh antara dua ketika.

4.1 Menerangkan bahawa masa disukat berasaskan peristiwa yang berlaku secara berulang dengan seragam.

4.2 Menyukat masa dengan menggunakan jam.

4.1.1 Menentukan peristiwa seperti titisan air, ayunan bandul, dan lantunan bola.

4.2.1 Berjalan dari hadapan ke belakang bilik darjah dengan:

  • mengira bilangan ulangan titisan air atau ayunan bandul.
  • menggunakan jam randik.

 

21 5.Memahami bahawa objek mempunyai berat. 5.1 Menyukat berat sesuatu objek. 5.1.1 Menyukat berat objek dengan menggunakan neraca. (nota:di peringkat ini, kg. boleh digunakan sebagai unit sukatan berat.
22 6.Mengetahui sifat magnet.

6.1 Memperihalkan tarikan magnet ke atas sesetengah bahan.

6.2 Memperihalkan tarikan dan tolakan antara dua magnet.

6.1.1 Menyiasat tarikan magnet ke atas pelbagai objek seperti jarum peniti, paku, dan klip kertas.

6.2.1 Memerhati tindakan antara dua batang magnet.

Bidang Kajian : (C) Menyiasat Alam Bahan

M
Objektif Umum
Objektif Khusus
Cadangan Pengalaman Pembelajaran
23 1.Mengetahui bahawa objek diperbuat daripada bahan semulajadi dan bahan buatan.

1.1 Mengenalpasti bahan semulajadi dan bahan buatan.

1.2 Mengenalpasti bahan semulajadi yang digunakan untuk membuat objek.

1.1.1 Memerhati dan menyenaraikan objek di sekeliling yang diperbuatdaripada bahan semulajadi dan bahan buatan.

1.2.1 Mengumpul dan menjadualkan objek yang diperbuat daripada bahan semulajadi mengikut jenis iaitu kayu, tanih, getah, logam, kulit, kapas, sutera, dan bulu.

24 1.Mengetahui bahawa objek diperbuat daripada bahan semulajadi dan bahan buatan.

1.3 Mengenalpasti sumber asas objek.

1.4 Mengenalpasti jenis bahan buatan yang digunakan untuk membuat objek.

1.3.1 Memerhati beberapa objek bagi menentukan sumber samada daripada tumbuhan, batuan, atau haiwan.

1.4.1 Mengumpul dan menjadualkan objek yang diperbuat daripada bahan buatan mengikut jenis iaitu plastik dan kain sintetik.

25 2.Menghargai kewujudan pelbagai bahan dalam alam semulajadi. 2.1 Memperihalkan kehidupan tanpa kewujudan bahan dalam alam semulajadi. 2.1.1 Menjalankan simulasi memperihalkan tentang kepentingan pelbagai bahan dalam alam.
26 3.Mengaplikasikan pengetahuan tentang sifat fizikal bahan dengan kegunaannya.

3.1 Menyatakan sifat-sifat fizikal bahan dari segi kekenyalan, kegilapan, dan kebolehan menyerap air.

3.2 Menghubungkait sifat fizikal bahan dengan kegunaannya.

3.1.1 Menyiasat sifat bahan dari segi kekenyalan, keapungan, kegilapan, kebolehan menyerap air seperti logam, kayu, plastik, kain, dan kertas.

3.2.1 Membuat inferens tentang kegunaan bahan berdasarkan sifat-sifat fizikalnya melalui perbincangan.

Bidang Kajian : (D) Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta

M
Objektif Umum
Objektif Khusus
Cadangan Pengalaman Pembelajaran
27 1.Mengetahui bentuk, saiz, dan tarikan graviti Bumi.

1.1 Menyatakan Bumi berbentuk sfera.

1.2 Memperihalkan saiz Bumi dari segi ukur keliling.

1.1.1 Menyiasat bentuk Bumi dengan melihat glob atau bola menerusi saluran kertas atau kadbod dari jarak dekat (lebihkurang 30 cm) dan dari jarak jauh lebih kurang 15 m.)

1.1.2 Memerhati fotograf Bumi yang diambil daripada angkasa lepas atau bulan dan berbincang tentang bentuk Bumi.

1.2.1 Menggambarkan saiz Bumi dengan membandingkan ukur keliling Bumi kepada sesuatu objek, contoh: Sekirsanya semua kereta proton di Malaysia diatur dalam satu barisan de sekeliling Bumi, hanya sebahagian kecil Bumi yang dapat diliputi.

28

1.Mengetahui bentuk, saiz, dan tarikan graviti Bumi.

2.Mengetahui tentang permukaan Bumi.

1.3 Menyatakan kewujudan tarikan graviti Bumi.

2.1 Memperihalkan permukaan Bumi terdiri daripada daratan, lautan, dan atmosfera.

1.3.1 Memerhati objek-objek yang dijatuhkan ke lantai dan membuat inferens tentang kewujudan tarikan graviti Bumi.

2.1.1 Memerhati dan mengenalpasti bahagian daratan dan lautan di permukaan Bumi dengan menggunakan glob fizikal, dan atmosfera dengan menggunakan video, slaid, atau carta.

29 3.Mengetahui tentang bentuk dan saiz Matahari.

3.1 Menyatakan Matahari berbentuk sfera.

3.2 Memperihalkan saiz Matahari secara perbandingan dengan saiz Bumi.

3.1.1 Memerhati bentuk Matahari pada waktu senja atau bayangan Matahari dalam sebesen air pada waktu lain. (Amaran: dilarang melihat terus Matahari dengan mata kasar).

3.2.1 Membuat perbandingan saiz Matahari dan Bumi, contoh: Masukkan biji sagu mewakili Bumi ke dalam tempurung kelapa yang mewakili Matahari.

30

4.Mengetahui bahawa Matahari memancarkan cahaya dan haba.

5.Mengetahui bentuk, saiz dan permukaan Bulan.

4.1 Memperihalkan bahawa Matahari memancarkan cahaya dan haba.

5.1 Menyatakan Bulan berbentuk sfera.

4.1.1 Menyiasat samada Matahari memancarkan cahaya dan haba.

4.1.2 Menggambarkan kisah keadaan sekeliling jika tiada cahaya Matahari, secara melukis, mengarang atau berlakon.

 

31 5.Mengetahui bentuk, saiz dan permukaan Bulan.

5.2 Memperihalkan saiz Bulan berbanding saiz Bumi.

5.3 Memperihalkan keadaan di permukaan Bulan.

5.2.1 Menjalankan simulasi untuk membandingkan saiz Bulan dan Bumi dengan menggunakan bola sepak mewakili Bumi dan bola ping pong mewakili Bulan.

5.3.1 Memerhati keadaan Bulan purnama dengan menggunakan carta, gambar, slaid, atau video.

5.3.2 Menjalankan simulasi melancong ke Bulan untuk menjelaskan keadaan di Bulan seperti kawah, gunung, tanah, dan batuan.

32 6.Mengetahui jarak Bulan dari Bumi. 6.1 Menyatakan jarak Bulan dari Bumi dengan cara perbandingan. 6.1.1 Menggambarkan jarak Bulan dari Bumi dengan membuat perbandingan, contoh: a)Sekiranya sebuah kereta boleh sampai ke Bulan, ia mengambil masa lebih kurang 160 hari. b)Sebuah roket Apollo mengambil masa 4 hari untuk sampai ke Bulan.

Bidang Kajian : (E) Menyiasat Dunia Teknologi.

M Objektif Umum Objektif Khusus Cadangan Pengalaman Pembelajaran
33 1.Mengetahui bahawa teknologi merupakan cara manusia mengatasi had keupayaannya.

1.1 Meny enaraikan beberapa perkara yang boleh dan yang tidak boleh dilakukan oleh otak, badan, dan deria manusia.

1.2 Mengenal pasti beberapa alat yang boleh digunakan untuk mengatasi had keupayaan otak, badan, dan deria manusia.

1.1.1 Menguji keupayaan otak, badan, dan deria serta menentukan alat-alat yang boleh digunakan untuk mengatasi had keupayaan, contoh: (a)Mengingat kembali sesuatu seperti nombor telefon seorang kawan dan kemudian 5 orang kawan tanpa catatan. (b)Melompat setinggi yang boleh dan cuba menyentuh siling. (c)Membaca tulisan yang sama dari jarak dekat dan jauh.
34 1.Mengetahui bahawa teknologi merupakan cara manusia mengatasi had keupayaannya.

1.3 Menyatakan maksud teknologi.

1.4 Menyenaraikan beberapa alat rekaan teknologi di sekeliling.

 

1.3.1 Memerhati dan mengenal pasti alat-alat rekaan teknologi yang terdapat di sekeliling seperti alat tulis, alat mengira, alat komunikasi peralatan dapur, alat permainan, dan kenderaan.
35 2.Memahami sejarah perkembangan teknologi dalam bidang pengangkutan, komunikasi, pertanian, dan pembinaan. 2.1 Memberi contoh jenis pengangkutan, alat komunikasi, alat pertanian, dan jenis pembinaan. 2.1.1 Merekod dan menbyusun maklumat tentang jenis pengangkutan, alat komunikasi, alat pertanian, dan jenis binaan melalui penyediaan buku skrap.
36 2.Memahami sejarah perkembangan teknologi dalam bidang pengangkutan, komunikasi, pertanian, dan pembinaan. 2.2 Menerangkan sejarah perkembangan teknologi dalam bidang pengangkutan, komunikasi, pertanian, dan pembinaan. 2.2.1 Bercerita tentang sejarah perkembangan teknologi dalam bidang pengangkutan, komunikasi, pertanian, dan pembinaan.
37 3.Menghargai sumbangan pereka cipta dalam bidang pengangkutan, komunikasi, pertanian, dan pembinaan. 3.1 Memperihalkan usaha beberapa pereka cipta dalam bidang pengangkutan, komunikasi, pertanian, dan pembinaan. 3.1.1 Merekod dan menyusun maklumat tenytang usaha-usaha yang dijalankan oleh beberapa pereka cipta dalam bentuk karangan. (Nota:Pereka cipta termasuk individu atau kumpulan dari institusi tempatan dan luar negara.)

 

Menu Utama Dunia Islam Laman Guru Ibubapa Alam Remaja Tambah URL Buat Hompej Cadangkan Enjen Carian Menu Utama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Free Web Hosting