110506
Sejak dibangunkan pada 1999, PanduanNet hanya menumpang pada host percuma geocities.com. Kami mengucapkan setinggi-tinggi
terima kasih dan penghargaan kepada geocities.com
yang telah berjasa selama hampir tujuh
tahun kepada kami di persada
maya. Alangkah baiknya jika penghargaan tersebut dapat ditujukan kepada rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu atau orang
Islam. Terima kasih juga kepada para pengunjung
yang sentiasa memberi sokongan sehingga Panduannet terus berada di
persada maya. Maka, mulai 11 Mei 2006 Panduannet mengorak langkah dengan tapak baru
yang lebih kukuh dan dinamik. Bukan itu sahaja, kini
Panduannet telah bergabung dengan Group Niagaku.com bakal menggerakkan satu era baru dalam aktiviti
internet sejajar dengan gelombang kedua dunia internet di Malaysia.
Kami, dengan rendah hati
ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama kami menembusi dunia globalisasi yang sememangnya amat mencabar. Namun kami percaya dan yakin, bangsa
Melayu yang beragama Islam bersama rakan-rakan bukan Melayu yang menjadi warga Malaysia mampu berada di
barisan hadapan dalam menghadapi globalisasi. Kita sudah tiada masa
untuk bersaing sesama sendiri. Kita sudah letih
berbalah malah berbunuhan sesama sendiri. Kita sudah
tidak mampu lagi untuk merentasi
dunia globalisasi secara sendirian. Kini, bukan masanya untuk
kita berfikir untuk turut serta
dalam rombongan ini atau ditinggal
pergi. Keputusan telah dibuat, dan kita tidak
diberikan peluang untuk membuat pilihan.
Maka, ayuh kita berangkat.
sila klik untuk
ke Panduannet
Enter
Atau, taipkan carian anda:
Mahukan petua-petua atau bahan lain? Taipkan kata kunci carian anda. Cth: kayap, pelaris,
penunduk, cemburu, KBKK, bestari dsbnya.