MinyakMorhabsyi

Dunia Islam Laman Guru Ibubapa Alam Remaja Tambah URL Jom Buat Hompej Cadangkan

Enjen Carian Menu Utama

Pengasas
Pengeluar
Pengedar
Khasiat
Ramuan

 

Khasiatnya...

 

Kes 1:

Sepasang suami isteri di Melaka telah beberapa malam tidak dapat tidur kerana bayi mereka menangis tidak berhenti-henti. Pengasuh bayi tersebut telah memberikan sebotol minyak Morhabsyi ini kepada mereka dan mereka menyapukannya pada perut dan tempat-tempat tertentu bayi tersebut. Alhamdulillah, bayi tersebut berhenti menangis selepas disapukan minyak ini.

(...sebagaimana diceritakan oleh ibu mertua saya kepada saya dan isteri)


Kes 2:

Seorang kanak-kanak mengidap sejenis penyakit di dalam perut, tetapi pihak doktor tidak dapat mengesannya walaupun sudah dua kali di'scan'. Pihak doktor hanya mampu berkata bahawa mereka akan membuat 'scaning' untuk kali ketiga dan jika tiada apa-apa yang dapat dikesan, maka mereka tidak mampu lagi meneruskan rawatan. (sebelum itu beberapa orang bomoh yang dijumpai mendakwa bahawa kanak-kanak itu terkena sihir yang cuba ditujukan kepada ibunya).

Sebelum pihak doktor membuat 'scan' kali ketiga, bapa saudara kanak-kanak itu, iaitu rakan saya telah menemui saya, dan saya memberikannya sebotol minyak Morhabsyi ini dan memintanya menyapukan pada perut kanak-kanak itu sebagai ikhtiar. Alhamdulillah, pada keesokan harinya, rakan saya itu memberitahu bahawa anak saudaranya telah selamat menjalani pembedahan. Menurutnya, pihak hospital turut terperanjat apabila dibuat 'scan' kali ketiga, mereka berjaya mengesan 'sesuatu' di dalam perut kanak-kanak itu.

Kes 3

sakit gigi, sakit perut, jatuh motorsikal, sakit dada, buasir, batuk, dan kena sengat adalah sebahagian dari penyakit-penyakit yang biasa disembuhkan menggunakan minyak ini, insya Allah.

Selain itu, ibu bapa yang baru mendapat cahayamata, dan mengetahui tentang khasiat minyak Morhabsyi akan sentiasa menyimpannya di rumah. Mana tahu, tiba-tiba bayi menjerit dan menangis di tengah malam... insya Allah, sapu sahaja. Atau, jika hendak berjalan jauh, sentiasa pastikan ada sebotol di dalam kereta.

....itulah yang saya amalkan. Sebab, dalam Islam kita disuruh berusaha. Banyak hadis yang menyuruh kita berusaha, kemudian bertawakkal.

 

Diasaskan oleh:

Ustaz Haji Abdul Hamid bin Ahmad

Maahad Derang, Pokok Sena,

Kedah Darul Aman.

tel: 04 782 3062


Diwarisi oleh:

Aminudin bin Haji Abdul Hamid

Kampung Sungai Tengar, Sabak Bernam

Selangor Darul Ehsan.

tel: 019 232 6085


Pengedar sah:

(adik Ustaz Ismail Kamus)

tel: 06 265 8626

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dunia Islam Laman Guru Ibubapa Alam Remaja Tambah URL Jom Buat Hompej Cadangkan

Enjen Carian Menu Utama

Free Web Hosting